☺ Hi all ! thanks for visit my blog, thanks for read and follow me. sharing enjoyment with you all ! :) ☚
Monday, 29 December 2014
AL- FATIHAH :'(
Al - fatihah kepada nenek aku yang telah meninggal dunia pada 25/12/2014 , kini arwah telah pergi buat selama2 nya , ini juga merupa kan satu ujian besar kepada aku dan sekeluarga , arwah sudah lama sakit , sakit yang tak terhenti2 lama nya ,aku sekeluarga dan emak redha dengan pemergian nya :") dan 2 hari selepas arwah pergi , kini pak saudara aku ( pak embong ) juga telah meniggal dunia , dan ini juga adalah satu kejutan kerana baru sahaja wan meninggal tetapi anak susuan nya pergi selepas beberapa hari selepas itu , ini juga merupa kan dugaan yang besar drpd Allah S.W.T kepada hamba nya , moga2 allah menempat kan Roh mereka di kalangan orang2 yang beriman :') Aminnnn. Al -Fatihah .
Sunday, 21 December 2014
NEW LIFE :')
Life Must Go on :)
Segala apa musibah atau ujian yang telah terjadi di dalam kehidupan kita , kita hendak lah bersabar dan redha dengan apa yang kita hadapi , kembali lah kepada Allah dan sentiasa bermuhasabah diri kita , kerna kita adalah manusia yang sentiasa berbuat dosa tak kira masa , tak kita waktu dan sebagai nya . Pesan ibu bapa , usah lah kita kesali lagi benda yang dah lepas , yang lepas tetap akan lepas , tetap tak akan kembali lagi , hidup mesti diterus kan , selagi ada hayat , selagi berpeluang kita untuk bertaubat di bumi Allah S.WT , diri ku adalah manusia , manusia yang selalu membuat kesilapan , pengalaman mendewasa kan kita ,kisah silam yang lepas kini telah mematang kan diri ku sebagai seorang manusia , aku ingin kan kejayaan , orang yang berjaya tetap akan memaksa diri nya untuk berubah , yes , i will , InsyAllah :)
Tinggal berapa hari jer lagi untuk aku sambung belajar di tempat baru , di situ aku akan memulakan kehidupan baru di mana aku akan memulih kan segala kepahitan , kekecewaan terhadap perkara lepas . I want to forget anything about past , and begin a new life , di mana aku belajar ? aku akan sambung belajar di college yang berdekatan di seremban . mungkin rezeki aku bukan di universiti , mungkin di situ , hmm. aku percaya dan yakin kententuan Allah semua nya baik2 belaka . aku harap segalanya berjalan dengan lancar dan diminta permudah kan urusan hidup ku , segala yang terjadi mesti ada hikmah nya , Aku Yakin ya ALLAH :')
Wednesday, 17 December 2014
Jalan - Jalan
Haa , pada 14/12/2014 aku dengan bapak aku pergi jalan2 kat KL ( dolan2 ) , lepas je hantar kakak pergi masuk U , kitorang round2 satu KL jalan kaki , mula2 aku memang nak rancang pergi KL , lagi2 Pavilion , sebab aku memang nak sangat pergi Pavii , huhu . nak jugak kan rasa suasana kat bukit bintang , bukan apa , orang cakap kat bukit bintang tu memang tempat shopping paling top kat keyy ell ( bahasa rempit ) so , situ memang first place aku nak pergi , akhir nya tercapai , hahaha ,
pavi ni tempat dia memang high class , suasana nye lain , barang pon mahal giler macam ape entah , tapi aku rase tempat ni memang khas untuk tourist kot , sebab sebelum aku pergi memang nak sangat jejak sana , tapi bile dah pergi terus INSAF, ahahha , sebab pavi ni selalunya takde pon nak dikata kan barang2 sesuai dengan kehendak sebab barang2 yang kat sini semua 100% western style , pelbagai baju tak cukup kain , tapi setakat nak jalan2 tu boleh la , tp cadangan aku lebih elok shopping ngn family time weekend kat tempat2 shopping macam jusco ke , midvalley ke , tesco ke sebab situ lebih SUCI kalau banding kat pavi ni , haha , ape2 pon pavi pon best gak kalau ade time cuti nak pergi , kat mane2 je kat KL ni semue tempat shopping best2 , :-D
Friday, 5 December 2014
Monday, 1 December 2014
TAKDIR :-)
allah tidak akan mengubah nasib sesorang itu jika ia sendiri tidak mengubah nasibnya sendiri .
#percaya kepada qada dan qadar :)
#percaya kepada qada dan qadar :)
Wednesday, 12 November 2014
HANYA TINGGAL KENANGAN II ;-)
Ya allah , kuat kan la semangat hamba mu ini ya allah utk menghadapi segala ujian yang kau beri kan ini .. dugaan yg kau beri kan kali ni memang dugaan yang berat . tapi , aku tetap pasrah dan sabar ape jua keputusan yg aku dpt , takpe la , mungkin yang ni pon bukan rezeki aku , mungkin ade yang lagi baik dari tu , aku yakin ;-) ade hikmah disebalik nya knp aku gagal lbih dari ni , aku percaya janji mu terhadap hamba mu ya allah , kuat kan la nilai tahap kesabaran aku dlm mengharungi segala masalah dan mengharungi segala dugaan dan ujian ini .. musibah yang aku terima kali ini amat susah nak diungkap kan , tak guna jugk klu byk keluar kan air mata tanpa buat apa2 , hanya mampu pasrah .. I MUST BE STRONG .. ringan kan lah segala rintangan dlm ape jua keadaan yg kau beri kan ya allah ,permudah kan lah urusan aku ya allah dlm menghadapai onak duri , halangan yang ku hadap kan ini . Aminnn ... sesuatu musibah itu dtg dapat mendewase kan kite .. pada 17 / 10 / 2014 berakhir la aku sbg gelaran mahasiswa uitm , dan akhirnya aku menjejak kaki di sini .. pelbagai kenangan manis yg aku dpt belajar di uitm , tapi tidak apa la , sebab walaupun tidak sampai aku mencapai segulung diploma , aku tetap bersabar , hikmah , hikmah , sabar... ampun kan dosa hamba mu ini ... kenangan manis mungkin aku dpt rakan2 baru dan bergembira life di uitm , tapi kenangan pahit aku ialah berakhirnya aku mnjadi student uitm .. uitm di hati ku ? dah takde lagi dah benda tu , allah dah tarik nikmat aku , aku tk bersyukur , sebab aku lalai dlm segala perintah nya , sekarang aku mampu utk menahan je rase menagis tu , tapi mampu ke aku ?? ye, aku tk mampu , aku tak kuat, aku menagis jugak ;-) air mata itu umpama kelemahan seseorang manusia , aku nk capai 3 pointer , aku nak DL , tapi ape yang aku nak tu tak kesampaian sebab bukan rezeki aku , tapi takpe :') tapi aku merasa jugak nikmat masuk ke uitm , dan dpt merasa nikmat menjadi seorang mahasiswa utim . tapi tak pe la ya allah , jika ini yang kau beri kan , aku redha ya allah , aku dah menangis sambill menaippppp ni ... ya allah .... sungguuh besar dugaan mu ya allah ... dah takde lagi dah benda tu , mungkin aku dah struggle betul betul atau dah study sungguh2 , tapi itu semua rahsia allah , kita manusia hanya mampu merancang , allah menentu kan . ;') aku sedar banyak kesilapan dan dosa yang aku buat , mungkin aku dah study atau dah struggle betul2 atau tak cukup strunggle utk mencapai sesuatu yang aku nak , tapi alhamdulilllah , abah , emak , along , abang dan kakak aku telah banyak memberi kan semangat kat aku , dorang tahu yang aku tak kuat , aku lemah , bila aku dlm keadaan sedih , FAMILY adalah nyawa aku , family la tempat aku mengadu , dan aku bersyukur juga ;) tanpa mereka siapa la aku nak mengadu , aku bersyukur ya allah , mungkin ade yang lebih baik dari ini .. aku pastiiii ..mungkin musibah yang kau beri kan ini adalah kafarah dosa , untuk menunjukkan yang aku diampunkan oleh-nya . allahualam . benda ini akan dijadi kan iktibar kpd diri aku dan mematang aku dlm segala hal ya allah ..terima kasih abah , emak ,along , kakak dan abang aku sebab byk memberi kan semangat , mereka tk pernah nak sia-sia kan aku , dan aku sendiri tak thu dan bagaiman la utk aku membuat mereka gembira lagi , aku nk dorang bangga dgn result aku , tapi ? dah , cukup la , benda yang dah terjadi , bersabar lah , ingat pada allah selalu. ...........Hanya tinggal kenangan....... ;')
HANYA TINGGAL KENANGAN ;-)
12 november 2014 .
Tarikh kat atas tu adalah tarikh result UITM keluar, ye, result aku untuk semester pertama belajar kat uitm . pada mula nya , impian aku untuk merealisasikan sesuatu tu untuk mencapai keputusan yang cemerlang tidak tercapai , dan hasrat aku untuk mengembira kan hati ibu bapa aku dan aku sendiri adalah pudar , dan nak tahu sebab kenapa ? cukup la sendiri faham , fikiran aku buntu , perasaan aku bercelaru , aku dah menjadi seperti orang yang dah tiada hala tuju disebab kan perasaan sedih , dukacita dan sebagai yang berkaitan nya , seperti mana yang aku mengharap kan aku ingin kan kejayaan dan pembaikian terhadap result aku untuk memulih kan result pra dip yang lepas , tapi tidak , malah aku sendiri tak dapat nak cakap apa2 atau komen terhadap result aku , nak cakap lulus pon bukan , nak cakap repeat pun bukan , nak cakap cemerlang apatah lagi kan , tapi aku dapat keputusan yang begitu boleh menguris hati aku dan ibu bapa aku , nak tahu apakah , berapa kah aku dapat ? aku dapat status D1, dismiss uitm ............. nangis , sedihh , aku menangis ya allah, perasaan sebak , dukacita semue datang kepada diri ini ya allah , amat jauh sekali apa yang aku ingin kan selama ini , YA ALLAH , sungguh besar kuasa mu ya allah . aku sering menyesali apa aku lakukan setiap hari , dan aku mengetahui setiap hari aku berbuat dosa , setiap waktu , setiap minit , kerana aku hamba mu .. ya allah , aku gagal mencipta sebuah kejayaan yang sudah lama aku impi kan dalam hidup ini , aku gagal memberikan rasa gembira kepada ibu bapa ku , aku sering membuat air mata mereka mengalir keluar kerana diri ku ini , aku sering dan sering , dan aku mengaku aku anak yang selalu membuat dan mengundang masalah kepada mereka , YA ALLAH , aku fobia , kerana sudah dua kali aku merasai situasi seperti ini , sungguh besar ujian dan dugaan mu wahai tuhan ku .. dan aku meminta aku tidak mahu menjadi seperti ini , dan aku bertaubat ;-) aku berjanji aku akan muhasabah diri ini ya allah , hamba mu ini .. aku tidak solat , sellalu tinggal solat , tidak pernah jaga solat , aku selalu membuat dosa , hati aku busuk , aku melawan cakap ibu bapa , aku degil dalam semue hal dan perkara , dan pelbagai lagi , begitu juga aku tidak mencapai ketenangan jiwa dalam kehidupan ini ,aku hidup dalam keadaan gelisah setiap hari , tidak tenteram , dan sebagai nya , ini la hidup sebagai seorang pendosa . tapi ya allah , aku sabar dan pasrah apa yang telah kau berikan ini , meski pun aku tidak meminta ape yang kau beri , tapi aku mengetahui betapa besar nya UJIAN dan DUGAAN yang telah kau beri kan pada ku .......aku percaya pada qada dan qadar , aku percaya mesti ada hikmah di sebalik nya , Tuhan itu maha adil , ya allah , .......besar nya dugaan mu ya allah , ujian ini bukan sahaja untuk diri ku ini , malah untuk ibu bapa ku juga , YA ALLAH , jika benar aku banyak dosa besar kepada mu , AMPUN KAN LAH segala dosa-dosa besar ku ya allah , jadi kan lah aku anak yang solehah , yang patuh kepada dua ibu bapa nya , dan kuat kan lah IMAN dan semangat ku dalam menghadapi segala dugaan dan ujian yang kau beri ini .. Aminnnn ..................dan berakhir la aku sebagai pelajar uitm , hanya tinggal kenangan ...
- LIFE MUST GO ON -
Monday, 10 November 2014
RESULT :)
tinggal berapa jam je lagi result dah nak keluar , esok kol 9 pagi , pehh , berdebar2 rasa nya , harap2 aku dapat result yang okay , tak dekan takpe , asal kan memuas kan , kalau dapat 3.00 alhamdululilah sangat , memang aku nak pointer 3 ke atas , yang penting lulus dengan ceemrlang , ya allah , kau berikan lah kecemerlangan terhadap keputusan peperiksaan ku ya allah pada esok hari , jangan lah kau beri kan kegagalan , hmmm. aminx2 , bertawakal je mampu sekarang . insyaallah :")
Sunday, 28 September 2014
4 PAPER TO GO ~
Alhamdullilah , akhirnya satu paper dah settle, iaitu paper ELC untuk final exam ni , tinggal 4 paper je lagi , yeah ^^ tapi tak boleh gembira sangat sebab lepas ni nak study betul2 untuk killer subject paper pulak :) aku akan cuba sedaya upaya punya, yang penting ada usaha kan ,daripada usaha kita tu baru nampak sikit untuk mencapai kejayaan . ape2 pon, aku taknak repeat subject ! HAHA, tu yang cuba aku nak elak tu . risau jugak sebab carrymark rendah kan, time final terpaksa lah nak score tinggi2 sikit. target tu kalau boleh nak tinggi2 , daripada situ kita dapat AIM mana kelemahan kita dlm subject dan dapat cover paper untuk final . k ni je yang aku nak tulis , i want to study2 :D see u next time ya blog xD muehehehehe. muahhhhx3
Saturday, 30 August 2014
FINAL EXAM :)
3 minggu je lagi nak final exam ni hoiii , aku mesti prepare betul2 , study hard , struggle betul2 untuk dapat kan pointer yang memuas kan , sape tanak dpt result yang cemerlang ? semua orang nak kan , so , aku mesti cepat dan taknak terlambat . aku yakin aku boleh , aku tak kan kalah dgn budak2 lain sebab aku dengan dorang same je level , takde istilah kau pandai , aku bodoh . sebab kalau dah dpt masuk U tu kira satu rahmat drpd allah SWT. jsut terpulang pada diri nak usaha ke tanak kan . yupp.. I WILL , I CAN , I TRUST I WILL DO IT :)
Thursday, 24 July 2014
SELAMAT HARI RAYA (ღ˘⌣˘ღ)
Saturday, 5 July 2014
✍ STUDY HARD ✍
BM 111 adalah code program aku kat UITM :) so, first sem ni aku janji, yakin, dan mesti usaha bersungguh2 utk dapatkan pointer yang gile kaw2 punye. aku target Dean List, kalau dapat 4flat tu mungkin dalam mimpi je kot, tapi kalau dah usaha betul2 mungkin tak mustahil punya kalau aku dapat capai :) buat apa penat2 datang UITM kalau tak belajar betul2 kan, kalau setakat lulus je pon semue orang boleh buat, dan aku nak pulih kn result aku yang lepas, :) paling kurang pon aku target 3.00 je , kalau lebih dari tu 3 tu pon dah kire ok , tapi kalau dapat DL la kan , memang aku happy sesangat. yup ! soo, aku mesti STUDY HARD, start from now, that is my goal, dan aku nak habis kan satu sem ni dengan result yang membangga kan , insyallah :) :)
Sunday, 15 June 2014
♡ HAPPY FATHERS DAY :) ♡
Today is 15 june 2014 , yeahhh, u know whats is that day ? hmmm. yup.. selamat hari bapa to abu bakar bin abdul latip , yeahhh. he is very good person , time ksih la selame ni sebab gigih mencari rezeki utk kami semue dan telah memberikan kasih sayang dgn secukupnya, seorang bapa yang tegas, berkeyakinan tinggi dan he is also bapa yang sangat baik dan segale2 nye bagi saya :) that is my lovely father .. sayangi lah bapa anda, kerana tanpa mereka siapa lah kita .. :) MY FATHER IS MY IDOL in my life :D :D
Saturday, 14 June 2014
♥ I'M SINGLE, SO ? ♥
Haaa , okay la .. ni aku nak cakap sikit nie, btw aku nie single, yesss, secara jujurnya aku tak pernah couple dlm dunia reality atau dikenali sbg face to face la kan, bukan aku ni pemalu tapi ade byk sebab kot dari sbg seorang pemalu atau sifat malu tu pon termasuk jugak dlm sebab2 berikut, tapi aku penah gak main flirt2 ngan perempuan itu pon kalau kt phone , selalu text , IM ngn dorang , OTP tu jarang sikit lah, itu pon cume main2 jea .. dan aku memang tak penah nk serious dlm bab2 couple ni .. tak penah same sekali kot, tapi sometimes aku pon teringin gak nak couple dlm dunia realiti, tapi aku tak berani la nk couple ade byk sebab kot, bukan aku ni poyo , sorry k tu mungkin di pandangan korang, tapi aku tak , klu main2 tu boleh lah, klu time serious tu biar aku fikir betul2 kan ..perasaan jealous tu memang ade time tgk org lain ade couple dorang msing2, tapi aku takde pon, hmmm. nak wat cam ne kan? -.- tapi aku pasti jodoh itu ditangan tuhan .. kalau nak couple pon , aku rase aku tak cukup bersedia lagi , bukan ape , bercinta tu tak selalu manisss, kadang2 ade rase pahitnye jugak kan? so, hmmm... k aku malas nak cakap pasal cinta , hati, sayang, sweetheart, couple ni semue , memang secara fitrah nya sume orang nk bercinta , memang semue org perlukan pasangan dlm hidup dorang utk share kasih sayang dan macam2 lagi laa ..mungkin utk aku ni jodohnye datang lambat.. k aku tak kisahh .. better jadi single ni sebab dpt elakkan dari zina tu semue kn? hehe .. yelah. bagus la cam tu ... couple sebab niat baik xpew , jangan niat nak ambik kesempatan sudah lah. haha. bak kata " HARAM COUPLE TANPA NIAT UNTUK MENIKAHINYA " yesss ! akan ku pegang kata2 nie . berkahwan biar seribu , kekasih biar satu, yang satu tu lah biar yg special someone di hati, single utk dorang yg teristimewa je.. hehe ,, chewahhh ! haha okay lah ! aku yakinnnn one day ade jugak someone yang dpt bahagia kan hidup kita .. kite mesti jgn berputus asa dgn rahmatnya , okay? straight and focus on studying dulu, baru bercinta, bercinta selepas kahwin baru indah tau .. haha ye2 .. ok whatever, k chawww ! keep calm and being a single :) :) :)
Friday, 13 June 2014
NEW SEMESTER :)
Tepat pada 8/6/ 2014 aku dah mendaftar kat UITM LENDU , so bermula lah hidup aku dan digelar sebagai seorang mahasiswa lagi sekali , yeahhhh, even aku dah naik ke peringkat diploma tapi aku masih rindu akan zaman pra diploma yang telah memberikan byk memori dan seribu kenangan utk aku , walaupon 4 bulan , tapi aku rindu mase2 first time aku masuk universiti, aku rindu suasana MDS , aku rindu ex roomate aku , aku rindu ex classmate aku , n aku rindu lecturer2 lame aku :D senang cerite , aku rindu kan segalanya2, aku dan parents first day mendaftar di universiti, dan drpd situ aku digelar mahasiswa , first time kan , hihi , dalam seumur hidup aku la kan, classmate yang paling aku sayang mase time pra dip dulu , huhu, sebab tu la satu satu nya kelas aku yang paling happening, fun, sporting, friendly, caring and macam2 lagi lah. hmm, untung sangat2 dapat kenal ngn dorang. aku harap dorang tahu yang aku rindu kan dorang :) LOVE U SO MUCH.. hihi, tapi takpe la, even bekas classmate dan ade diantara dorang dapat diploma kat tempat jauh, tapi hati kitorang selalu dekat , walaupon berjauhan , okay takpe, memang betul pon ia datang memberikan rasa bahagia walaupon sekejap, dan ia meninggalkan rasa sengsara , dan bende tu la yang aku rase sekarang ni. hmm ok takpe, aku tetap dapat suai kan diri dengan class baru , kawan baru time aku dah msuk ke diploma kan ..aku OK je, mase baru2 ni mungkin aku tak biase sgt , tapi dah lame2 aku mungkin dah biase dan seronok ngn dorang,, hmm insyallah :) last jumpa mase pra dip dulu kitorang sume buat event barbeque kt pantai puteri melaka bertarikh 30 mac 2014 , yupp, sebab kitorang buat ni sebab mungkin ade diantara kawan2 class yang tk dpt jumpe lagi kalau dh berpisah sbb dah naik ke diploma kn, ade yg dpt jauh, dan ade yang dapat tempat yg same .. ape2 pon, life must go on, aku tetap akan study sungguh2 utk dapat ape yang aku nak utk sem 1 ni . target aku 3.5 atau 3.0 ke ats .. yess. aku yakin aku boleh :) !
pantai puteri melaka :)
MPD0021C always in my heart :) thanks, u all is everything to me :')
Saturday, 7 June 2014
Keep Calm AND Watch Anime !
ANIME ! haha, sebut je pasal anime of course la aku suke gile kan -,- ok la, ni aku nak cakap sikit .. sehari je lagi aku nak masuk universiti , so , tak dapat laaa nak tengok anime selalu kan , huhu , takpe , tu tak penting, yang penting study rite ? yup , memang la tapi tgk cte anime mg x dapat aku lupe kan semenjak zaman childhood lagi wohhhhh .. WHATEVER , I LOVE ANIME !
first , aku dah tengok serba sedikit cite anime yang best2 yang aku pilih la, tak semue anime aku nk tengok, yang aku rase cite tu best , aku tengok lah , agak2 dalam 30 lebih anime aku dah tengok , tapi aku sebenarnye On the way nk tengok anime yang best2 dan dah lame aku nak tengok sgt macam SAO, code geass, fairy tail , cowboy bepob , date a live , guilty crown , steins gate , elfien lied , hitman reborn , slam dunk , hellsing ,neon genesis evangleion , black butler , k-on dan macam2 lagi lah ! hahahaha, banyak sangat kan , tu la yang malas nak taip... huhu, takpe ade mase, leh tengok cite anime tu semue, ....cuma aku nak pilih mase yang baik je atau mase yg lapang utk tgk anime ni semue, nanti hilang lak fokus kan,. huhu.. k la malas nk ckp lg .. ni je . haha.. kbye ..chaww ! we LOVE ANIME !!
Saturday, 31 May 2014
Apakah Makna kehidupan?
- Soalan: Apakah Makna kehidupan?
Jawapan: Apakah makna kehidupan? Bagaimana saya dapat mencari tujuan dan kepuasan hidup? Adakah saya mampu mencapai sesuatu yang senantiasa bermakna? Begitu ramai orang tidak berhenti bertanya mengenai makna kehidupan. Mereka mengimbas kembali selepas beberapa tahun dan bingung mengapa hubungan telah terputus dan mengapa masih terasa kekosongan jiwa walaupun telah mencapai tujuan mereka. Seorang pemain besbol yang berjaya telah ditanya apakah nasihat yang dia hendak terima daripada orang lain semasa dia mula-mula bermain besbol? Dia menjawab, “Saya harap ada orang yang memberitahu saya bahawa apabila kamu sudah mencapai tahap tertinggi, kamu akan dapati bahawa tiada apa-apa pun di sana!” Banyak orang masih terasa kekosongan jiwa selepas beberapa tahun berusaha mencapai tujuan mereka.
Dalam masyarakat kita, ramai orang yang mengejar tujuan mereka dan berpendapat bahawa mereka akan mencapai makna kehidupan melalui usaha mereka. Segala yang mereka kejar termasuklah: kejayaan dalam perniagaan, kekayaan, hubungan yang baik, seks, hiburan, berbuat baik terhadap orang lain dan sebagainya. Tetapi terdapat ramai orang memberi saksi bahawa setelah mereka mencapai tujuan, kekayaan, hubungan yang baik dan keseronokan, masih terdapat kekosongan dalam hati – satu perasaan yang tidak dapat dipenuhi oleh apa-apa pun.
Penulis buku Pengkhotbah mengatakan bahawa perasaan kekosongan inilah yang dialami olehnya, “Semuanya sia-sia, kata Pengkhotbah, semuanya sia-sia dan tidak bermakna.” Penulis ini telah mendapat kekayaan, kepandaian yang jauh lebih tinggi daripada orang lain, beratus-ratus perempuan, istana dan kebun bunga yang cantik, makanan dan minuman yang sedap, dan memiliki semua jenis hiburan yang diingini. Tetapi dia membuat keputusan bahawa “kehidupan di dunia ini” (kehidupan ialah segala yang kita boleh lihat dan rasa dengan deria kita) adalah tidak bermakna! Mengapa terdapat kekosongan? Hal ini adalah disebabkan Tuhan mencipta kita bagi sesuatu yang melebihi segala yang kita boleh alami buat masa sekarang. Solomon mengatakan mengenai Tuhan, “Dia menanam keabadian di dalam hati semua manusia…” Hati kita mengetahui dengan ketara bahawa segala yang ada sekarang tidak sempurna lagi.
Dalam buku Kejadian, buku pertama Kitab Injil, kita mendapati bahawa Tuhan mencipta manusia mengikut rupa bentuknya sendiri (Kejadian 1:26). Hal ini bermakna kita lebih mirip Tuhan daripada benda-benda lain. Kita dapati bahawa sebelum manusia berdosa dan dunia ini dikutuk oleh Tuhan, perkara berikut adalah benar: (1) Tuhan mencipta manusia sebagai makhluk sosial (Kejadian 2:18-25); (2) Tuhan memberi manusia kerja (Kejadian 2:15); (3) Tuhan mempunyai hubungan yang baik dengan manusia (Kejadian3:8); (4) Tuhan memberi manusia kuasa untuk memerintah dunia (Kejadian 1:26). Apakah makna semua ini? Saya yakin bahawa semua ini adalah cara Tuhan menambah makna ke dalam hidup manusia, tetapi kesemua ini (khasnya hubungan baik dengan Tuhan) telah termusnah setelah manusia berdosa dan membawa kutukan ke atas dunia (Kejadian 3).
Di dalam buku Wahyu, buku terakhir Kitab Injil, akhirnya selepas banyak perkara berlaku, Tuhan akan memusnahkan dunia sekarang dan mencipta sebuah dunia yang baru untuk kehidupan abadi. Pada masa itu, Dia akan memulihkan hubungan yang baik dengan manusia dan mengampuni dosa manusia. Terdapat sebahagian besar manusia yang setelah diadili dan didapati tidak layak akan dibuang ke dalam tasik berapi (Wahyu 20:11-15). Dan kutukan ke atas dosa akan dihapuskan; pada masa itu tiada lagi dosa, kesakitan, kesedihan, kematian dan tangisan (Wahyu 21:4). Semua orang yang percaya akan memperoleh restu Tuhan; Tuhan akan hidup bersama mereka, dan mereka akan menjadi anak Tuhan (Wahyu 21:7). Oleh itu, berbalik kepada semua yang kita katakan tadi, Tuhan mencipta kita untuk menikmati hubungan yang baik dengan-Nya; tetapi manusia berdosa dan merosakkan hubungan itu; Tuhan memulihkan hubungan itu sepenuhnya dan menyelamatkan mereka yang percaya kepada Berita Baik. Sekarang, kehidupan yang boleh mencapai kejayaan di dunia tetapi terpisah daripada Tuhan secara kekal adalah kehidupan yang paling buruk! Tetapi Tuhan memberi kita satu jalan untuk mendapat restu yang kekal (Lukas 23:43), dan juga kehidupan yang bermakna buat masa sekarang. Sekarang, apakah restu kekal ini dan bagaimana “syurga di bumi” boleh dicapai?
Wednesday, 28 May 2014
Heyy, aku nak cerita sikit ni pasal sebuah cerita anime yang sedihhhh gileeeee ni -,- huhu, dah la sedihhh pastu gile lak tu. haha tak ley blah, tapi memang btul pon sedih, tak tengok memang tak tahu cerite nye cam ne , maklum la aku otaku dan aku sentiase buat reseach pasal anime yang best-ii utk ditonton kan. sebab aku just pilih certain anime je, yang aku rase anime tu best, aku tengok . k berpaling dari tajuk tadi , anime sedih tu name nye Clannad , anime ni ade due season, yang kedue Clannad after story . cite dy memang sedih gile, klu tgk memang banjir air mate la kan . tipu la sape yang takk nangis tengok anime clannad -,- confirm2 banjir air mata punya.. serious, kalau tk nangis pon mesti hati rase sebak ke cane kan . k aku malas nak cerita serba sedikit pasal anime. korang just tengok je. n korang akan paham sendiri :) :) tak rugi tengok , bile dah tengok anime ni jadikan ia sbg pengajaran dlm hidup korang.. huhu . k peace yaw ! tengok tau jgn tak tengok :D
Hi , assalamualaikum kepada blog ni, huhu .. dah lame dah aku tak update blog ni semenjak habis sekolah, huhu sekarang baru dah teragak nak update blog ni. sekarang ni aku tengah cuti sem utk pra dip so , aku tengah tunggu result utk pra diploma. harap2 la dapat cemerlang la kan. hmm, alhamdulillah , akhirnya aku dah tahu dah result aku, even tak dapat 4 flat, tapi alhamdullilah lulus dengan cemerlang. huhu, dan syukur alhamdulilah jugak kerana aku dapat sambung belajar ke peringkat diploma ! hehe, even if tak dapat course pilihan pertama, tapi syukur la jugak, sebab aku kadang2 fikir orang langsung tak dapat nak jejak kaki kat IPTA ni walaupon result cemerlang , hmm, bahagian masing2 kan, dan rezeki allah tentu kan. tentu ade yang lebih baik jika kita tak dpt sesuatu, tapi ade yang lebih bermakna akan kita dpt suatu hari nanti :) hm, nah kat bawah ni surat tawaran belajar aku kat UITM !
huhu , ni la course yang aku dapat kat UITM, bersyukur sangat2 apa yang kita dapat, kerna kite mesti fikir orang lebih teringin sangat nak masuk U, tapi tak dapat, sebab tu kite dpt belajar erti bersyukur daripada situ kan :) btw aku dapat course diploma pengajian perniagaan, kod program BM111, tinggal dua minggu je lagi nak masuk UITM . just tinggal prepare je. huhu, bulan 6 ni aku dah boleh dah bersiap sedia , packing barang lagi...
sementara tu, aku nak cakap, aku pon rindu zaman pra dip yang best jugak sebab kawan2 sume sporting, aku je yang kurengggg.. hehe serious MDAB paling best pernah aku rase, dan aku takkan lupa kan kenangan dengan u all semuee :) muahhhx3. sesetengah ade yang dapat diploma kat tempt lain, sesetengah lagi ade yang dpt same ngan aku.. hehe..nanti boleh jumpa lagi yaww..dan last aku nak cakap , kita sebagai manusia jika kita impi kan sesuatu, kite mesti usaha , yup itu sudah pasti..kadang2 ade mase kite main, tapi ade mase perlu serious, lagi2 dlm bab belajar ni tau..sebab npe kita perlu studyy? hmm what? tak perlu ckp pon dah tahu kan. yesss...utk diri sendiri, mase depan kita, mase depan family, dan sebagainya...:) ! ~ ilmu dituntut sepanjang hayat , bkan setakat habis sekolah ke tau...ingat tu kpd sesiape yg msih bersekolah lg ! huhu okay byeeee !
Subscribe to:
Posts (Atom)
















