Friday, 6 February 2015

" Perempuan yang bertudung tu semua baik , perempuan yang tak bertudung tak cukup baik "

nampak tak ayat kat atas tu ? nampak kan, so , korang pon paham ape makne nye kan , but the true answer is TETAP SALAH, bukan nak cakap ape , perempuan yg bertudung tu x semestinya baik dan prmpuan free hair blum tentu jahat kn , ini baru betul , tetapi la kan , bagi aku . bertudung lebih bagus dari x bertudung sebab at least dorang pandai tutup aurat dari prmpuan free hair ni, but , kau kena paham , x semue prmpuan yg pki tdung tu bagus, baik ,. sebab dalam islam, tudung tu wajib pakai, yang kena ubah adalah perangai , ha, btul kan ? see that ? bagus kalau faham . aku tak kisah pon kwn ngn prmpuan btudung ke , free hair ke yang penting baik n boleh dibuat kwn , jgn harap muka je cantik, tapi perangai mcm lahanat, haa teserlah sgt kelemahan kau wahai perempuan , depend pada diri masing2 la weii , kalau kau x nk pki tdugn sekali pon dan kau mg jenis perempuan free hair , aku tk kisah, nk tahu knp ak tk kisah ? sbb klu org nasihat kn kau, kau ttap berkeras n then kau nk menang kan diri kau sedang kn org nasihat kn kau tapi kau still xnk dgr kn , ok finee, whatever , itu adalah diri anda , dosa anda, anda fikir la sndiri .. peace v^^

Wednesday, 4 February 2015

FEBRUARY

Sudah beberapa hari kemasukan bulan februari iaitu bulan kelahiran ku, cuma lambat sikit update kat blog ni, moga-moga Allah S.W.T mempermudah kan urusan seharian ku, aku harap aku dapat belajar dengan tenang di tempat baru ini iaitu di kolej, impian aku ingin mencapai segulung Diploma dan jika ada rezeki lebih aku ingin menyambung Ijazah pada suatu hari nanti. Suatu hari nanti, aku percaya Allah akan memberi aku rezeki yang lebih baik untuk aku. Rezeki ada dimana2, yang penting aku mesti berusaha dan mencarinya, InsyALLAH :') 

" we cannot change the past to rewrite a better beginning , but we can walk for the future and strive for better ending  "



Monday, 2 February 2015

we cannot change the past to rewrite a better beginning , but we can walk for the future and strive for better ending 

Saturday, 3 January 2015

HAPPY NEW YEAR :)

kini sudah pon masuk tahun baru , tepat pada pukul 12.00 am , 31 / 12 / 2014 . sekarang sudah pon 4 january selepas 4 hari masuk tahun baru , so , cuma aku lambat update je kat blog ni , sekarang dah masuk 4 hari , setiap orang mesti lah ada azam baru kan ? umur pon semakin menigkat , so , aku harap tahun ni lebih banyak perubahan daripada tahun lepas , azam pon azam baru , aku just nak improve apa yang terjadi pada diri aku yang lepas , pada aku , tahun lepas lagi banyak dugaan dan ujian yang menimpa pada diri ini , siapa yang nak dugaan ? semua orang tak nak kan ? semua nya datang dari Allah untuk menguji kesabaran hamba nya , so kita tak boleh nak elak semua tu , tahun lepas banyak dugaan yang datang , peristiwa MH370 , MH17 dan QZ8501 dan tidak lupa juga dugaan banjir yang telah menimpa di pantai timur , Allah maha mengetahui segalanya , dan kita hendak lah redha dengan segala musibahnya , dan aku kehilangan tempat di U , disebab kan keputusan yang agak kecewa + frustt , dan yang paling menyayat kan hati aku ialah aku kehilangan arwah nenek tersayang , Hmmm.. aku harap tahun ni aku dpt membaiki segala kelemahan aku , memulihkan semula apa yang kurang pada diri aku , always think postive ,  I'm must be a strong and life must go on .. Believe on yourself , I can Achieve it One Day .. InsyAllah ... Aminn .. :')


Monday, 29 December 2014

AL- FATIHAH :'(

Al - fatihah kepada nenek aku yang telah meninggal dunia pada 25/12/2014 , kini arwah telah pergi buat selama2 nya , ini juga merupa kan satu ujian besar kepada aku dan sekeluarga , arwah sudah lama sakit , sakit yang tak terhenti2 lama nya ,aku sekeluarga dan emak redha dengan pemergian nya :") dan 2 hari selepas arwah pergi , kini pak saudara aku ( pak embong ) juga telah meniggal dunia , dan ini juga adalah satu kejutan kerana baru sahaja wan meninggal tetapi anak susuan nya pergi selepas beberapa hari selepas itu , ini juga merupa kan dugaan yang besar drpd Allah S.W.T kepada hamba nya , moga2 allah menempat kan Roh mereka di kalangan orang2 yang beriman :') Aminnnn. Al -Fatihah .

Sunday, 21 December 2014

NEW LIFE :')

Life Must Go on :) 


Segala apa musibah atau ujian yang telah terjadi di dalam kehidupan kita , kita hendak lah bersabar dan redha dengan apa yang kita hadapi , kembali lah kepada Allah dan sentiasa bermuhasabah diri kita , kerna kita adalah manusia yang sentiasa berbuat dosa tak kira masa , tak kita waktu dan sebagai nya . Pesan ibu bapa , usah lah kita kesali lagi benda yang dah lepas , yang lepas tetap akan lepas , tetap tak akan kembali lagi , hidup mesti diterus kan , selagi ada hayat , selagi berpeluang kita untuk bertaubat di bumi Allah S.WT , diri ku adalah manusia , manusia yang selalu membuat kesilapan , pengalaman mendewasa kan kita ,kisah silam yang lepas kini telah mematang kan diri ku sebagai seorang manusia , aku ingin kan kejayaan , orang yang berjaya tetap akan memaksa diri nya untuk berubah , yes , i will , InsyAllah :) 

Tinggal berapa hari jer lagi untuk aku sambung belajar di tempat baru , di situ aku akan memulakan kehidupan baru di mana aku akan memulih kan segala kepahitan , kekecewaan terhadap perkara lepas . I want to forget anything about past , and begin a new life , di mana aku belajar ? aku akan sambung belajar di college yang berdekatan di seremban . mungkin rezeki aku bukan di universiti , mungkin di situ , hmm. aku percaya dan yakin kententuan Allah semua nya baik2 belaka . aku harap segalanya berjalan dengan lancar dan diminta permudah kan urusan hidup ku , segala yang terjadi mesti ada hikmah nya , Aku Yakin ya ALLAH :') 


Wednesday, 17 December 2014

Jalan - Jalan

Haa , pada 14/12/2014 aku dengan bapak aku pergi jalan2 kat KL ( dolan2 ) , lepas je hantar kakak pergi masuk U , kitorang round2 satu KL jalan kaki , mula2 aku memang nak rancang pergi KL , lagi2 Pavilion , sebab aku memang nak sangat pergi Pavii , huhu . nak jugak kan rasa suasana kat bukit bintang , bukan apa , orang cakap kat bukit bintang tu memang tempat shopping paling top kat keyy ell ( bahasa rempit ) so , situ memang first place aku nak pergi , akhir nya tercapai , hahaha ,




pavi ni tempat dia memang high class , suasana nye lain , barang pon mahal giler macam ape entah , tapi aku rase tempat ni memang khas untuk tourist kot , sebab sebelum aku pergi memang nak sangat jejak sana , tapi bile dah pergi terus INSAF, ahahha , sebab pavi ni selalunya takde pon nak dikata kan barang2 sesuai dengan kehendak sebab barang2 yang kat sini semua 100% western style , pelbagai baju tak cukup kain , tapi setakat nak jalan2 tu boleh la , tp cadangan aku lebih elok shopping ngn family time weekend  kat tempat2 shopping macam jusco ke , midvalley ke , tesco ke sebab situ lebih SUCI kalau banding kat pavi ni , haha , ape2 pon pavi pon best gak kalau ade time cuti nak pergi , kat mane2 je kat KL ni semue tempat shopping best2 ,  :-D