☺ Hi all ! thanks for visit my blog, thanks for read and follow me. sharing enjoyment with you all ! :) ☚
Saturday, 31 May 2014
Apakah Makna kehidupan?
- Soalan: Apakah Makna kehidupan?
Jawapan: Apakah makna kehidupan? Bagaimana saya dapat mencari tujuan dan kepuasan hidup? Adakah saya mampu mencapai sesuatu yang senantiasa bermakna? Begitu ramai orang tidak berhenti bertanya mengenai makna kehidupan. Mereka mengimbas kembali selepas beberapa tahun dan bingung mengapa hubungan telah terputus dan mengapa masih terasa kekosongan jiwa walaupun telah mencapai tujuan mereka. Seorang pemain besbol yang berjaya telah ditanya apakah nasihat yang dia hendak terima daripada orang lain semasa dia mula-mula bermain besbol? Dia menjawab, “Saya harap ada orang yang memberitahu saya bahawa apabila kamu sudah mencapai tahap tertinggi, kamu akan dapati bahawa tiada apa-apa pun di sana!” Banyak orang masih terasa kekosongan jiwa selepas beberapa tahun berusaha mencapai tujuan mereka.
Dalam masyarakat kita, ramai orang yang mengejar tujuan mereka dan berpendapat bahawa mereka akan mencapai makna kehidupan melalui usaha mereka. Segala yang mereka kejar termasuklah: kejayaan dalam perniagaan, kekayaan, hubungan yang baik, seks, hiburan, berbuat baik terhadap orang lain dan sebagainya. Tetapi terdapat ramai orang memberi saksi bahawa setelah mereka mencapai tujuan, kekayaan, hubungan yang baik dan keseronokan, masih terdapat kekosongan dalam hati – satu perasaan yang tidak dapat dipenuhi oleh apa-apa pun.
Penulis buku Pengkhotbah mengatakan bahawa perasaan kekosongan inilah yang dialami olehnya, “Semuanya sia-sia, kata Pengkhotbah, semuanya sia-sia dan tidak bermakna.” Penulis ini telah mendapat kekayaan, kepandaian yang jauh lebih tinggi daripada orang lain, beratus-ratus perempuan, istana dan kebun bunga yang cantik, makanan dan minuman yang sedap, dan memiliki semua jenis hiburan yang diingini. Tetapi dia membuat keputusan bahawa “kehidupan di dunia ini” (kehidupan ialah segala yang kita boleh lihat dan rasa dengan deria kita) adalah tidak bermakna! Mengapa terdapat kekosongan? Hal ini adalah disebabkan Tuhan mencipta kita bagi sesuatu yang melebihi segala yang kita boleh alami buat masa sekarang. Solomon mengatakan mengenai Tuhan, “Dia menanam keabadian di dalam hati semua manusia…” Hati kita mengetahui dengan ketara bahawa segala yang ada sekarang tidak sempurna lagi.
Dalam buku Kejadian, buku pertama Kitab Injil, kita mendapati bahawa Tuhan mencipta manusia mengikut rupa bentuknya sendiri (Kejadian 1:26). Hal ini bermakna kita lebih mirip Tuhan daripada benda-benda lain. Kita dapati bahawa sebelum manusia berdosa dan dunia ini dikutuk oleh Tuhan, perkara berikut adalah benar: (1) Tuhan mencipta manusia sebagai makhluk sosial (Kejadian 2:18-25); (2) Tuhan memberi manusia kerja (Kejadian 2:15); (3) Tuhan mempunyai hubungan yang baik dengan manusia (Kejadian3:8); (4) Tuhan memberi manusia kuasa untuk memerintah dunia (Kejadian 1:26). Apakah makna semua ini? Saya yakin bahawa semua ini adalah cara Tuhan menambah makna ke dalam hidup manusia, tetapi kesemua ini (khasnya hubungan baik dengan Tuhan) telah termusnah setelah manusia berdosa dan membawa kutukan ke atas dunia (Kejadian 3).
Di dalam buku Wahyu, buku terakhir Kitab Injil, akhirnya selepas banyak perkara berlaku, Tuhan akan memusnahkan dunia sekarang dan mencipta sebuah dunia yang baru untuk kehidupan abadi. Pada masa itu, Dia akan memulihkan hubungan yang baik dengan manusia dan mengampuni dosa manusia. Terdapat sebahagian besar manusia yang setelah diadili dan didapati tidak layak akan dibuang ke dalam tasik berapi (Wahyu 20:11-15). Dan kutukan ke atas dosa akan dihapuskan; pada masa itu tiada lagi dosa, kesakitan, kesedihan, kematian dan tangisan (Wahyu 21:4). Semua orang yang percaya akan memperoleh restu Tuhan; Tuhan akan hidup bersama mereka, dan mereka akan menjadi anak Tuhan (Wahyu 21:7). Oleh itu, berbalik kepada semua yang kita katakan tadi, Tuhan mencipta kita untuk menikmati hubungan yang baik dengan-Nya; tetapi manusia berdosa dan merosakkan hubungan itu; Tuhan memulihkan hubungan itu sepenuhnya dan menyelamatkan mereka yang percaya kepada Berita Baik. Sekarang, kehidupan yang boleh mencapai kejayaan di dunia tetapi terpisah daripada Tuhan secara kekal adalah kehidupan yang paling buruk! Tetapi Tuhan memberi kita satu jalan untuk mendapat restu yang kekal (Lukas 23:43), dan juga kehidupan yang bermakna buat masa sekarang. Sekarang, apakah restu kekal ini dan bagaimana “syurga di bumi” boleh dicapai?
Wednesday, 28 May 2014
Heyy, aku nak cerita sikit ni pasal sebuah cerita anime yang sedihhhh gileeeee ni -,- huhu, dah la sedihhh pastu gile lak tu. haha tak ley blah, tapi memang btul pon sedih, tak tengok memang tak tahu cerite nye cam ne , maklum la aku otaku dan aku sentiase buat reseach pasal anime yang best-ii utk ditonton kan. sebab aku just pilih certain anime je, yang aku rase anime tu best, aku tengok . k berpaling dari tajuk tadi , anime sedih tu name nye Clannad , anime ni ade due season, yang kedue Clannad after story . cite dy memang sedih gile, klu tgk memang banjir air mate la kan . tipu la sape yang takk nangis tengok anime clannad -,- confirm2 banjir air mata punya.. serious, kalau tk nangis pon mesti hati rase sebak ke cane kan . k aku malas nak cerita serba sedikit pasal anime. korang just tengok je. n korang akan paham sendiri :) :) tak rugi tengok , bile dah tengok anime ni jadikan ia sbg pengajaran dlm hidup korang.. huhu . k peace yaw ! tengok tau jgn tak tengok :D
Hi , assalamualaikum kepada blog ni, huhu .. dah lame dah aku tak update blog ni semenjak habis sekolah, huhu sekarang baru dah teragak nak update blog ni. sekarang ni aku tengah cuti sem utk pra dip so , aku tengah tunggu result utk pra diploma. harap2 la dapat cemerlang la kan. hmm, alhamdulillah , akhirnya aku dah tahu dah result aku, even tak dapat 4 flat, tapi alhamdullilah lulus dengan cemerlang. huhu, dan syukur alhamdulilah jugak kerana aku dapat sambung belajar ke peringkat diploma ! hehe, even if tak dapat course pilihan pertama, tapi syukur la jugak, sebab aku kadang2 fikir orang langsung tak dapat nak jejak kaki kat IPTA ni walaupon result cemerlang , hmm, bahagian masing2 kan, dan rezeki allah tentu kan. tentu ade yang lebih baik jika kita tak dpt sesuatu, tapi ade yang lebih bermakna akan kita dpt suatu hari nanti :) hm, nah kat bawah ni surat tawaran belajar aku kat UITM !
huhu , ni la course yang aku dapat kat UITM, bersyukur sangat2 apa yang kita dapat, kerna kite mesti fikir orang lebih teringin sangat nak masuk U, tapi tak dapat, sebab tu kite dpt belajar erti bersyukur daripada situ kan :) btw aku dapat course diploma pengajian perniagaan, kod program BM111, tinggal dua minggu je lagi nak masuk UITM . just tinggal prepare je. huhu, bulan 6 ni aku dah boleh dah bersiap sedia , packing barang lagi...
sementara tu, aku nak cakap, aku pon rindu zaman pra dip yang best jugak sebab kawan2 sume sporting, aku je yang kurengggg.. hehe serious MDAB paling best pernah aku rase, dan aku takkan lupa kan kenangan dengan u all semuee :) muahhhx3. sesetengah ade yang dapat diploma kat tempt lain, sesetengah lagi ade yang dpt same ngan aku.. hehe..nanti boleh jumpa lagi yaww..dan last aku nak cakap , kita sebagai manusia jika kita impi kan sesuatu, kite mesti usaha , yup itu sudah pasti..kadang2 ade mase kite main, tapi ade mase perlu serious, lagi2 dlm bab belajar ni tau..sebab npe kita perlu studyy? hmm what? tak perlu ckp pon dah tahu kan. yesss...utk diri sendiri, mase depan kita, mase depan family, dan sebagainya...:) ! ~ ilmu dituntut sepanjang hayat , bkan setakat habis sekolah ke tau...ingat tu kpd sesiape yg msih bersekolah lg ! huhu okay byeeee !
Subscribe to:
Posts (Atom)





